Nityataa Reimagined
An Evening of Classical Dance and Music is a project developed as part running of the first installation, Nityataa – An Evening of Traditional Music in 2021, furthering musicians from not only the central region but bringing down from (Northern and Southern) regions to further encapsulate the reach of the music practice nation wide.
Konsert Muzik Tradisional Negeri Sembilan
Projek merupakan satu inisiatif memartabatkan Seni Muzik Tradissional Negeri Sembilan. Nafas baru akan diadun dengan persembahan tradisional, dipersembahkan dalam bentuk orkestral dan digabung dengan peralatan “String” dalam masa yang sama memelihara nilai tradisional muzik itu sendiri.
Pertandingan Keris, Golok dan Ukiran Halus (UKIR 2022)
Pertandingan Keris, Golok, dan Hulu Keris Berukir & Pameran Spirit of Wood Pertandigan ukiran hulu keris, pertandingan keris antik dan golok berukir dimana perserta akan memakai busana melayu atau bangsa tersendiri. Program ini memperkenalkan kepada Masyarakat berkaitan warisan tinggalan orang Melayu iaitu keris dan seni ukiran halus.
Pergendangan Alat Muzik Dhol, Seni Tarian Bhangra & Seni Tarian Giddha
Bengkel Muzik dan Seni Tari Memperkenalkan budaya Punjabi kepada golongan belia moden melalui bengkel permainan musik “Dhol”, dan tarian “Bhangra”. Projek ini merupakan satu inisiatif Dhol Alliance untuk menarik minat dan mencungkil bakat belia dari pelbagai bangsa untuk mendalami muzik tradisional. Terdapat 3 persembahan yang akan di jalan kan iaitu Pergendangan alat muzik dhol, Seni […]
PANGGUNG SEMAR “GELIGA EMBUN“
Persembahan tradisional konsep baru yang menggabungkan tiga kesenian tradisional iaitu Mak Yong, Wayang Kulit dan Dikir Barat yang terdiri dari satu set Makyong, satu set Wayang Kulit dan satu set Dikir Barat. Penceritaan akan digerakkan dalam bentuk teater yang mana Makyong sebagai penampilan orang hidup, ditransisi kepada bayang belakang kelir sebagai Wayang Kulit dan Dikir […]
Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan
Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil, akan berlangsung 2022 secara fizikal untuk menyemarakkan semula aktiviti berteater di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan bagi mempertingkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan dikalangan pelajar sekolah. Juara pertandingan akan menerima Piala Hasanah sebagai piala pusingan, disamping hadiah lain.