Pergendangan Alat Muzik Dhol, Seni Tarian Bhangra & Seni Tarian Giddha

Dhol Alliance Entertainment

Bengkel Muzik dan Seni Tari

Memperkenalkan budaya Punjabi kepada golongan belia moden melalui bengkel permainan musik “Dhol”, dan tarian “Bhangra”. Projek ini merupakan satu inisiatif Dhol Alliance untuk menarik minat dan mencungkil bakat belia dari pelbagai bangsa untuk mendalami muzik tradisional.

Terdapat 3 persembahan yang akan di jalan kan iaitu Pergendangan alat muzik dhol, Seni tarian bhangra, dan Seni tarian giddha. Setiap persembahan akan diberi masa selama 1 jam dimana 15 minit untuk persembahan dari kumpulan dan 45 minit lagi untuk bengkel setiap persembahan.  

Pergendangan dhol ialah gendang laras bermuka dua yang kebanyakannya dimain sebagai alat pengiring kepada tarian punjabi tradisional bhangra dan giddha .dhol digunakan semasa perayaan musim menuai di kampung bagi meraikan kerja keras petani dengan menari atau menyanyi. dhol juga mempunyai banyak gaya permainan serta boleh menjadi irama klasik atau berbeza kawasan kampung. ia digunakan secara meluas dalam upacara kaum punjabi seiring dengan perkembangan zaman kini. oleh itu, alat muzik dhol telah menjadi moden dari masa ke semasa. ia juga dimainkan dalam pelbagai genre terutamanya di malaysia. dhol mempunyai bunyi yang unik kerana alat muzik rakyat ini yang diperbuat daripada kayu, loyang, kulit kambing, dan besi. dentuman debaran dhol juga telah berjaya memikat hati jutaan orang di india dan juga di negara barat. dhol dimainkan menggunakan dua batang kayu, biasanya terbuat dari kayu buloh dan pokok jambu. kayu pokok jambu digunakan untuk bermain bass sisi intrumen, dikenali sebagai dagga dalam bahasa punjabi yang berbentuk lengkungan atau suku bulat dihujung alat tersebut. kayu buloh yang dikenali sebagai tihli, jauh lebih tipis dan fleksibel untuk digunakan bagi memainkan note instrumen yang lebih tinggi. 

Selain itu, bhangra merupakan tarian yang diiringi dengan irama muzik rakyat dalam komuniti Sikh di Malaysia. Tarian ini berasal dari Punjab, India. Asalnya tarian Bhangra adalah diwujudkan oleh petani-petani di punjab, india.tarian bhangra digunakan untuk meraikan musim menuai oleh petani dan kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu keramaian sosial seperti musim perayaan vasakhi, perkahwinan dan majlis-majlis korporat yang diiringi dengan nyayian serta tarian. Pergerakan tarian Bhangra dapat meningkatkan koordinasi pergerakan, imbangan. tarian dengan rentak muzik dAN irama muzik yang rancak. persembahan biasanya, beberapa penari akan melakukan tendangan yang kuat, lompatan dan lenturan badan,selalunya dengan gerakan mengangkat tangan atau bahu yang terangkat serta dengan iringan lagu pendek yang dipanggil boliyan dan, yang paling ketara, mengikut rentak dhol (double) berkepala. pemakaian untuk tarian bhangra adalah Secara tradisinya, lelaki memakai lungi semasa melakukan Bhangra, Lungi juga adalah sehelai kain berwarna-warni yang akan dililit di pinggang. mereka juga memakai kurta, iaitu baju labuh ala Punjabi. Di samping itu, mereka memakai serban juga dikenali sebagai turbAn untuk menutup kepala mereka. Selain itu, dalam tempoh tiga puluh tahun yang lalu, Bhangra telah menikmati lonjakan populariti di dalam bentuk tradisional dan sebagai gabungan dengan genre seperti hip-hop, house dan reggae. Memandangkan Bhangra terus bergerak ke dalam budaya arus perdana, pemahaman tentang sejarah dan tradisinya membantu menghargainya.  

Seterusnya, Giddha ialah tarian rakyat kaum wanita yang popular di wilayah Punjab. Tarian ini sering dianggap berasal dari tarian purba yang sama bertenaga seperti tarian bhangra. Dalam pada masa yang sama ia Berjaya mempamerkan keanggunan feminine dan fleksibiliti secara kreatif. Ia adalah berbentuk tarian yang sangat berwarna-warni yang telah tersebar di seluruh wilayah india. Tarian giddha ini akan dipersembahkan di majlis kegembiraan seperti menyambut hari kelahiran anak, perkahwinan dan perayaan-perayaan seperti vasakhi dan lohri serta majlis-majlis sosial. Tarian ini juga diiringi dengan tarian tepukan berirama, dengan lagu rakyat tradisional yang biasa dipersembahkan oleh sekumpulan wanita. Dari segi pemakaian Pakaian Giddha Satu-satunya perbezaan ialah kostum untuk giddha dipanggil khagra menggunakan warna yang lebih cerah dan dilengkapi dengan barang kemas yang berat.Giddha berbeza daripada bentuk tarian punjabi tradisional yang lain kerana tidak memerlukan gendang dhol laras berkepala dua untuk dipersembahkan. Sebaliknya, wanita berdiri dalam bentuk bulatan dan berirama menggunakan tepukan tangan. Salah seorang peserta wanita secara amnya menyanyikan bolis dan geet apabila sampai baris ke dua terakhir satu baris akan dicapai oleh mereka semua, tempo lagu itu meningkat dan semua mula menari. Dengan cara ini bolis diselaraskan dengan turutan tarian yang berterusan untuk jangka masa yang agak lama. Giddha memperincikan kisah kehidupan wanita Punjabi. 

To be updated
November 12, 2022
13:00
- 16:00
Ticketed