Kelab Penulis Kadazandusun / Murut (Momogunsia)

Kelab Penulis Kadazandusun sudah dua kali mengadakan Seminar Sastera Etnik Serantau dengan tokoh sasterawan dari Philipine, Indonesia, Brunei, Sarawak, Labuan dan Semenanjung Malaysia sejak tahun 2016 hingga 2019. Kelab ini menerima sokongan padu dari Dewan Bahasa Cawangan Sabah dan Pemimpin / wakil rakyat di daerah yang di buat acara ini ( Matunggung – Kudat dan Tuaran Sabah) Kali ini persatuan akan bercadang membuat seminar di Kundasang Sabah.

PERSATUAN PENULIS KADAZANDUSUN/MURUT (MOMOGUNSIA) 

MOMOGUNSIA : 

Satu persatuan penulis KDMR (Kadazandusun/Murut/Rungus) terdiri dari pengiat Sastera Sabah dari kalangan Etnik Etnik yanh ada di sabah. Persatuan ini ditubuhkan pada 2014 dan telah mendapat kelulusan dari Eroses 15/7/2014. 

Momogunsia dibawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, setakat ini mempunyai 70 orang ahli berdaftar dari seluruh Negeri Sabah. Aktiviti pengkaryaan MOMOGUNSIA berpaksikan nilai untuk melestarikan dan mengarusperdanakan sastera etnik di bawah jenama MOMOGUNSIA dan berteraskan dua nilai utama iaitu mengangkat jati diri etnik dan mengubah naratif etnik ini dari prospektif kurang tepat oleh penulis luar. 

‘Core Etnik’, ini diterjemahkan dalam karya karya bernilai positif yang berlatarkanfaktayang betul (tradisi budaya, adat, legenda, kearifan tempatan dan seumpamanya) serta memperkasakan nilai etnik yang dapat diteladani.  

TENTANG PROGRAM MOMOGUNSIA  

  1. Mengadakan Bengkel Penulisan Cerpen dan puisi Etnik 
  1. Mengadakan sayembara menulis Puisi Etnik. 
  1. Mengadakan Sayembara Menulis Cerpen Etnik 
  1. Seminar Penulis Serantau 3.0 
  1. Menerbitkan buku hasil dari dua Sayembara Penulisan itu 

Bengkel pertama yang akan dibuat sebelum Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi Etnik, untuk mendedahkan kepadapenulis tentang Sastera Etnik. 

Sayembara Penulisan Puisi , Cerpen  dan pertemuan penulis serantau yang telah di laksanakan dua tahun yang lalu dan semenjak Pendemic Covid 19, semua acara terpaksa ditangguhkan. Pertemuan yang sepatutnya di buat pun terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan dana. Aktiviti aktivi yang di laksanakan hanyalah pertandingan puisi secara ‘Online’ dan penerbitan antologi puisi dan cerpen. Setakat ini, MOMOGUNSIA sudah menerbitkan 3 buku antologi, 2 buku baharu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, san sebanyak dua manuskrip puisi dan cerpen sedang dalam penilaian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tetapi tahun 2022, MOMOGUNSIA kembali mengorak langkah dan membuat dua sayembara cerpen dan puisi bertemakan Budaya, Kesenian dan Adat Resam. Sayembara bermula dari 15/9/2022 dan tarikh tutup pada 30/10/2022. Hadiah akan disampaikan pada bulan Desimber 2022. 

Manakala Seminar Penulis Serantau (SPES 22) akan berlangsung pada bulan oktober, dimana seminar ini akan dihadiri oleh penulis penulis dari negeri Sabah, Sarawak, semenanjung Malaysia dan Brunei dan penceramah yang akan turut menjayakan seminar ini terdiri dari  penulis mampan dan Pengkaji Sastera Etnik  se Asia Tenggara. Salah datu tema yang akan dibincangkan dan disampaikan adalah untuk mengarusperdanakan Sastera Etnik, mengukuhkan jaringan dan jalinanaktiviti penulisan pelbagai kaum (etnik)membantu memantapkan pengembangan  bahasa Kebangsaan dalam pelbagai kaun,  Mengalakkan pengkaryaan  berteras etnik untuk menyerlahkan kearifan tempatan dan menerbitkan makalah pembentangan bahan berkaitan pengembangan untuk dokumentasi pada masa akan datang. 

Para Pembentang / Pemakalah yang dijemput adalah dari Negeri Sabah, Semenanjung Malaysia, Brunei, Sarawak dan Kalimantan. Ketika acara ini berlangsung, beberapa persembahan etnik seperti tarian dan nyanyian lagu-lagu /(folklore) akan dijalankan juga. 

MOMOGUNSIA akan membiayai kos tambang, penginapan, kenderaan dan makan minum para pembentang kertas kerja yang dijemput nanti. 

Pertemuan Penulis Serantau ini sudah menjadi aktiviti utama MOMOGUNSIA dan akan dilaksanakan dua tahun sekali (bergantung kepada budget yang ada) 

Catch Kelab Penulis Kadazandusun / Murut (Momogunsia) on ArtsFAS

Seminar Pertemuan Sasterawan Etnik Serantau 2022 (SPSESS22)

Kelab Penulis Kadazandusun / Murut (Momogunsia)
December 3, 2022