Langgeng Bangsawan Kedah Darul Aman 2022 (Bengkel Lakon Bangsawan)

Bengkel Lakon Bangsawan Bengkel dan pementasan  Bangsawan Terung Pipit adalah untuk mendidik, mengembang, dan mengembalikan kegemilangan seni pementasan bangsawan khususnya bidang seni lakon bangsawan, seni tari, seni silat, dan yang berkaitan dengan seni pementasan bangsawan serta memupuk sikap mencintai seni warisan dan seni budaya Malaysia.

Langgeng Bangsawan Kedah Darul Aman 2022 (Pementasan Bangsawan ‘Terung Pipit’)

Pementasan Bangsawan ‘Terung Pipit’ Bengkel dan pementasan  Bangsawan Terung Pipit adalah untuk mendidik, mengembang, dan mengembalikan kegemilangan seni pementasan bangsawan khususnya bidang seni lakon bangsawan, seni tari, seni silat, dan yang berkaitan dengan seni pementasan bangsawan serta memupuk sikap mencintai seni warisan dan seni budaya Malaysia

Konsert Muzik Tradisional Negeri Sembilan

Projek merupakan satu inisiatif memartabatkan Seni Muzik Tradissional Negeri Sembilan. Nafas baru akan diadun dengan persembahan tradisional, dipersembahkan dalam bentuk orkestral dan digabung dengan peralatan “String” dalam masa yang sama memelihara nilai tradisional muzik itu sendiri.

PANGGUNG SEMAR “GELIGA EMBUN“

Persembahan tradisional konsep baru yang menggabungkan tiga kesenian tradisional iaitu Mak Yong, Wayang Kulit dan Dikir Barat yang terdiri dari satu set Makyong, satu set Wayang Kulit dan satu set Dikir Barat. Penceritaan akan digerakkan dalam bentuk teater yang mana Makyong sebagai penampilan orang hidup, ditransisi kepada bayang belakang kelir sebagai Wayang Kulit dan Dikir […]

Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Tamil, akan berlangsung 2022 secara fizikal untuk menyemarakkan semula aktiviti berteater di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan bagi mempertingkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan dikalangan pelajar sekolah. Juara pertandingan akan menerima Piala Hasanah sebagai piala pusingan, disamping hadiah lain.