Varna Art Design and Built di ilhamkan oleh Azzaha Ibrahim, seorang penyelidik bebas, artis dan arkitek, yang telah mengkaji dan menyelidik sejak 1998, hubungan rumit antara warisan, seni purba dan seni bina. Beliau mendapat bimbingan dan rujukan untuk penyelidikannya daripada istana, masjid, rumah, monumen, wakaf, serta ukiran dan artifak kuno. Utusan Malaysia, sebuah syarikat akhbar harian tempatan, telah melabelkan dirinya sebagai Penyelidik Seni Bina Tradisional Alam Melayu.