Pertubuhan Seni Kayangan Perak

Kegiatan Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) sejak didaftarkan pada Julai 2017 bermula dengan kegiatan seni teater termasuk menjalankan aktviti kelas-kelas teater, pementasan dan bimbingan atau kejurulatihan. Dalam seni teater, PESKAP juga melakukan kerja-kerja rekaan dan pembinaan set dan prop untuk persembahan organisasi lain antaranya Tourism Perak Berhad, Majlis Kebudayaan Negeri dan JKKN Perak. PESKAP mengorak langkah lagi apabila berjaya mengumpul aset untuk membuat kerja-kerja dokumentasi, rakaman video atau penggambaran, suntingan dna rekaan grafik. Dalam masa yang sama ahli-ahli PESKAP semangkin kukuh yang terdiri dari kalangan graduan pengajian tinggi dan anak-anak seni yang berbakat besar dalam pelbagai bidang seperti seni visual, seni tari dan penyelidikan.

Catch Pertubuhan Seni Kayangan Perak on ArtsFAS

Ratu Gambus Padang Changkat

Pertubuhan Seni Kayangan Perak
January 27, 2023