Persatuan OKU Sentral​

Persatuan OKU Sentral ( PPM-006-14-13012017 ) adalah sebuah Persatuan Badan Bukan Kerajaan atau Non-governmental Organisation (NGO) yang ditubuhkan dan berdaftar dengan ROS pada 13 Januari 2017. Matlamat persatuan ditubuhkan adalah bertujuan untuk memperjuangkan pelbagai isu dan hak selain memberi manfaat berkaitan dengan warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Jawatankuasa utama Persatuan OKU Sentral juga terdiri dari mereka di kalangan warga OKU. OKU Sentral mensasarkan lebih ramai OKU dari kepelbagaian kategori untuk berdaftar sebagai ahli dan menjadikan persatuan ini sebagai satu platform di mana komuniti OKU dari setiap pelusuk Negara dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan berbincang sambil menyuarakan pendapat, idea dan sebarang isu yang berkaitan.

Catch Persatuan OKU Sentral​ on ArtsFAS
No show was found