Persatuan Bangsawan Warisan Jelapang (PBWJ) telah ditubuhkan pada September 2020 di atas nasihat tokoh bangsawan Hajii Morad Ibrahim. Persatuan terdiri dari beberapa individu yang berlatar belakangkan seni teater bangsawan di bawah didikan tokoh bangsawan terkenal Haji Morad bin Ibrahim. PBWJ bertanggungjawab untuk membangunkan dan mengembalikan semula kegemilangan PementasanBangsawan sekaligus menjadikan Negeri Kedah sebagai pusat rujukan danpengembangan Bangsawan.